iklan

Sunday, 10 October 2010

Kisah romantik

Seorang wanita baru pulang ke rumah terkejut apabila mendapati ada 3 orang lelaki sedang menunggu di hadapan rumahnya.Oleh kerana baiknya hati wanita itu,dia menjemput lelaki tersebut masuk ke rumah.Tetapi,salah seorang dari lelaki itu bertanya,

"suami anda ada di rumah kah?"
-"tiada"
"jika begitu,kami tidak akan masuk selagi suami anda belum pulang"

Lalu,wanita itu terus masuk ke rumahnya tanpa banyak soal lagi.
Malam tiba,semasa mahu makan malam bersama suami dan anaknya,wanita itu menceritakan kejadian siang tadi kepada suaminya.Memang sudah dasar keluarga yang baik hati,suaminya menyuruh isterinya menjemput ketiga-tiga lelaki itu untuk makan bersama jika mereka masih menunggu di luar.
Tanpa buang masa,wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga mereka.Tapi,apa jawab lelaki itu????
Mereka memperkenalkan diri masing-masing.Mereka kata,hanya boleh jemput seorang saja dari mereka.Seorang bernama Kaya,seorang bernama Berjaya,Seorang lagi Cinta.

Baiklah.getus hati wanita.

Bila ditanya pada suami,mana satu mahu dijemput.
Kita jemput Kaya!!nanti senang hidup kita.

Namun isteri mencelah
Apa kata Berjaya.nanti boleh juga usahakan ladang kita.

Tapi,anak kecilnya tiba-tiba bersuara
saya mahu cinta.saya mahu sentiasa dilimpahi kasih sayang

kerana sayangkan anak,mereka iyakan saja.Maka,dijemputnya Cinta untuk makan malam bersama.Tapi hairan,kenapa Kaya dan Berjaya ikut sekali ya??

Rupanya,jika dijemput Kaya atau Berjaya,yang lainnya akan tinggal.Tapi,kerana memilih Cinta,Kaya dan Berjaya akan ikut bersama.Di mana ada cinta,di situ ada kekayaan dan kejayaan.

***********************************************************************************
Dengan cinta,kita boleh memangkin diri kita untuk berjaya.Kita akan rasa bersemangat untuk berusaha untuk berjaya.Apabila dah berjaya,rezeki akan datang.Bukan sahaja kekayaan dari segi wang ringgit,cinta juga mngajar kita untuk menyayangi semua,termasuklah akhlak dan peribadi.Jika kita cintakan diri kita sendiri,terpeliharalah diri dari perkara cela.
Indahnya cinta.....
************************************************************************************

1 comment:

Prettyvrach said...

hihi..comel nye cerite ni=)