iklan

Tuesday 21 December 2010

bile memandu

Adus..kali ni punye balik kampung rase paling panjang perjalanan nye.
nak balik kampung hari tu bertolak kol 4 sampai teluk intan kol 8 lebih sebab ujan..jadi bawak pelan2 jela..
hari ni lak,dari teluk intan drive dr kol 11 pg,smpi kt umah dalam kol 5 lebih.singgah s.alam,sesat kt kl.mmg penat..fuh...

Bile drive,paling x pueh ati adalah dgn kehadiran bas-bas n lori-lori yang tak sedar diri dorg tu patut bawak kt lane kiri tp gedik2 jugak nak memotong.
Ok fine,kalu nak memotong,potongg laaaaa tp takyah la sampai amek lane paling kanan.
seramm tauu..seram i bile i tgk cermin,dari belakang dah nampak bas gerak laju2 macam nak terkam kereta i.siap menyelit2 lg.dalam hati time tu,msti cakap *bongokla basss,xyah r laju sgt..*abesla aku,bas tu da dekat,da dekat..*tapi paling banyak cakap bongok la kt bas tu.tp cakap dalam ati jela...

Pada hemat saya,perkara sebegini adalah penyumbang terbesar pada statistik kemalangan jalan raya di negara kita.Pemandu kenderaan berat perlulah memikirkan keselamatan pemandu kenderaan lain yang memandu dengan cermat.Pihak berkuasa juga perlu memantau pemandu bas dan lori yang memandu tidak mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan memandangkan terdapat peningkatan terhadap kemalangan yang melibatkan kenderaan berat baru-baru ini.------>perenggan ni sape nak tiru buat karangan darjah 6atau tingkatan menengah rendah dipersilakan.

Tapi geram la...saya bawak kete elok2 je..tp bile datang bas2 n lori2 yang besar2 ni,selamber badak je dorg memotong.Saya salu amek lane tgh je,bawak pon xdela pelan pon.tp dorg degil gak nak memotong.macam kelam kabutt je nak memotong .tu yang takut..

tolonglah para pemandu bas n lori sekelian,bawakla elok2 macam manusia sikit...sian nnt kalau eksiden ramai yang tak bersalah jadi korban.huhu

5 comments:

Prettyvrach said...

betul2..ML pun benci r dengan bas n lori2 tu.laju gile mcm pelesit.Patut buat jln khas utk dorang.Tak heran kalo bas eksiden jatuh gaung, sume sebab salah pemandu tu.

kyo_9 said...

huhu.. cuak woo dengan kenderaan besar.. tp jarang tgk lori ngan bas amik lane kanan kt highway..

aReLaN said...

ak nek moto lg chuak.ak dh pecut 140 pn dia xleh kejar lg.dok blkg leh je pecut.ble try nk potong,dia pnye angin,mmg cam haram.nak terbang ak.ngan slumber dia pcut lg ble ak try potong.ahahaha

AjiGiJiss, AiN Kici said...

saido ko dok kt jepun mmg la x penah nmpk lori n bas lane kanan skali. Siyesli bengang ng kenderaan berat nih..kerajaan pon x de amik tindakan..setakat wat siasatan pastu xde pon wat tindakan pape..pemandu len x d amik iktibar pon tahun ni je da bape byk kemalangan maut melibatkn lori n bas. Siot r..kerajaan msia nih hampeh..pk pembangunan2..masalah sedia ade x de pon nk solve.-Rakyat Msia yg bengang dan prihatin-

MizzMiza said...

ML : tula.mmg x hairan kalau banyak eksiden sbb bas n lori ni.

saido : percayalah saido.sememangnye wujud para lori n bas yang memotong lane kanan kt highway.

matle: sedangkan mybi aku pon leh rase nak melayang sbb angin die memotong,apatah lg kalo rempit moto kan??huhu

ain : kann!!!benganggg tauu..
aku hari tu lepas bas tu memotong,ak bg high beam kt die liplap2.geram.